Pages

Thursday 21 March 2013

Carta Organisasi Prasekolah SKDJ


CARTA ORGANISASI PENGURUSAN PRASEKOLAH 2013

Pengerusi
Pn. Azizah Bt. Abd. Latif
( Guru Besar)

Timbalan Pengerusi
Pn. Aslin Bt. Atan
(GPK 1)
Pn. Hjh Norliwati Bt. Hj. Omar
(GPK HEM)
En. Zulkarnain Bin Mohamed
(PK KO-KU)


Penyelaras Prasekolah
Pn. Fazilah Bt. Mohd Salleh
(Guru Prasekolah A)

Setiausaha
Pn. Najima Bt. Sahid
(Guru Prasekolah B)


AJK

    Pn. Noriani Bt. Muhammad
  (PPM Prasekolah B)
   Pn. Norashikin  Bt. Mohamed Zenan
  (PPM Prasekolah A)

Wednesday 20 March 2013

Pemantauan Jabatan Prasekolah NS

Yang ni adalah gambar semasa pemantauan oleh pihak Jabatan Prasekolah Negeri Sembilan iaitu Puan Zanipah. Beliau banyak memberikan maklumat yang berguna untuk memantapkan lagi pelaksanaan kurikulum di prasekolah.
 
Gambar 1 - Sedang berbincang mengenai sistem jadual waktu prasekolah
 
Gambar 2 - Bincang untuk memajukan anak bangsa...

Penarafan 5 Bintang

Kehadiran pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, PPD Kuala Pilah, Rembau, Tampin dan Seremban untuk memantau dari pelbagai aspek untuk penarafan 5 Bintang kepada Prasekolah SKDJ.

Gambar 1 - Para pegawai dihidangkan dengan jamuan kuih dan air panas.


 Gambar 2 - Fail-fail yang dipantau oleh semua pegawai.

Gambar 3 - Semua complete.. Tahniah! Prasekolah SKDJ telah diberikan pengiktirafan untuk Penarafan 5 Bintang.

Pemeriksaan Kesihatan

Pemeriksaan kesihatan murid oleh Klinik Kesihatan Nilai... murid-murid sentiasa bersedia untuk diperiksa oleh jururawat.

Gambar 1 - Hehe...dik, bukan periksa gigi je tau, semua nurse nak check.













Aktiviti 'Menjemur Kain'

Aktiviti yang murid buat ni sebenarnya ikut tema Cuaca. Jadi, kalau cuaca panas, boleh la jemur kain kan.. : )

 Gambar 1 - Mula-pula perahkan dulu kain yang basah.



Gambar 2 - Murid-murid menjemur kain yang dah diperah tadi.



Gambar 3 - Rajinnya... nanti boleh tolong ibu kat rumah kan.


Gambar 4 - Dah dijemur jangan lupa letak penyepit kain, nanti kain tu terbang pulak ditiup angin.

Aktiviti "Jom Cuci Tangan"

Ha... yang ni pun antara aktiviti yang menarik di prasekolah. Jom kita tengok apa yang murid-murid ni buat.

 Gambar 1 - Gosok-gosok tangan sampai keluar buih.

 Gambar 2 - Murid-murid berbaris dan mendengar arahan guru.

 Gambar 3 - Seronoknya main buih sabun, nanti tangan jadi bersih...

gambar 4 - Semua murid bersama-sama membuat aktiviti 'Jom Cuci Tangan'.

Aktiviti Membuat Tanglung

Berikut pula merupakan gambar murid sedang membuat tanglung sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2013. Murid-murid sungguh bersemangat dan bersungguh-sungguh membuat tanglung.


Gambar 1 - Guru menunjukkan cara membuat tanglung yang betul. Nampaknya semua murid dah tak sabar nak buat tanglung.

Gambar 2 - Proses membuat tanglung memerlukan murid menggunakan koordinasi mata dan tangan dengan betul agar murid dapat menggunting dengan kemas dan teliti...

 Gambar 3 - Hasil kerja kumpulan Biru.

 Gambar 4 - Hasil kerja kumpulan Hijau.

 Gambar 5 - Hasil kerja kumpulan Merah.


Gambar 6 - hasil kerja kumpulan Kuning.

Aktiviti Mengambil Wudhu'


hai semua..gambar-gambar ni diambil semasa murid-murid Prasekolah SKDJ mengambil bahagian dalam aktiviti dan program yang telah dijalankan


Belajar cara mengambil wudhu' dengan betul....
Gambar 1 - Murid-murid lelaki mengambil wudhu'.

Gambar 2 - Ambil wudhu' dengan cara yang betul (dipimpin oleh Ustazah Siti Aminah)

Gambar 3 - membaca doa selepas mengambil wudhu'

Gambar 4 - Ustazah minta murid tunjuk cara sekali lagi

Gambar 5 - Giliran murid perempuan mengambil wudhu'.

Gambar 6 - Murid perempuan membaca doa selepas mengambil wudhu'.

Gambar 7 - "Semua tengok saya...."

Gambar 8 - Semua murid nak jawab soalan. Pandainya murid-murid cikgu ni..

Tuesday 19 March 2013

PENGENALAN

       SKDJ  mempunyai 2 buah kelas prasekolah yang terdiri daripada Prasekolah (A) dan Prasekolah (B). Prasekolah (A) telah ditubuhkan pada tahn 2003 melalui perluasan prasekolah 2003 oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan dan pada tahun 2012, Prasekolah (B) pula ditubuhkan.

       Sepanjang tahun 2003 hingga 2012, prasekolah ini telah menjalankan pelbagai aktiviti peringkat kelas, sekolah, daerah dan peringkat negeri.